suria

Selepas 2 tahun dikebumi, mayat mangsa pembunuhan bersiri masih elok ketika kubur digali

Jasad mangsa pembunuhan bersiri dibawa keluar untuk membantu siasatan. Foto : MPI

JASAD Siti Khatimah yang merupakan mangsa pembunuhan bersiri Wowon Cs masih dalam keadaan baik ketika digali keluar selepas dua tahun dikebumikan.

Kubur Siti Fatimah terletak di perkampungan Rancabadak, Desa Tanjung Jaya, Wilayah Pakenjeng, Kota Garut, Indonesia.

Ketua Sub-Direktorat untuk Jabatan Polis Metro Jaya, Indrawienny Panjiyoga berkata keadaan jasad Siti Khatimah masih belum lerai ketika dibawa keluar dari kuburnya.

Jasad wanita itu dibalut rapi dengan plastik kerana proses pengebumian pada tahun 2021 harus mengikuti prosedur keselamatan wabak Covid-19.

"Jasad Siti Fatimah masih dalam keadaan baik, kami tidak memeriksa mayat itu di sini.

"Mayat Siti Fatimah sudah dibawa keluar dari balutan untuk pemeriksaan di Hospital Polis," katanya.

Tujuan kubur Fatimah digali semula pada minggu lalu adalah untuk membantu penyiasatan pembunuhan bersiri yang didalangi Wowon Cs.

Jasad Siti Fatimah dan beberapa lagi jasad mangsa pembunuhan bersiri yang lain dibawa ke Hospital Polis Jakarta.

"Pemeriksaan autopsi ke atas jasad mangsa adalah untuk melihat punca kematian.

"Pemeriksaan autopsi itu akan dijalankan oleh pasukan perubatan forensik di Hospital Polis," kata Indrawienny Panjiyoga.

Selain penggalian kubur mangsa, pihak polis juga mengambil sampel data asid deoksiribonukleik (DNA) dari anak kandung mangsa dan adik-beradik mangsa yang lebih muda. - iNewsSerpong

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain