PEMILIK biri-biri paling hodoh di Britain sedang berkabung selepas haiwan peliharaan kesayangannya yang merupakan seekor biri-biri bermata satu 'dibunuh' oleh pencuri yang tidak berhati perut Diberikan nama Scuzzy, pemiliknya menyayanginya dengan sepenuh perasaan tetapi orang ramai di media sosial melabelnya sebagai biri-biri paling hodoh di Britain. Pemiliknya, Michelle Pouton, 60, percaya Scuzzy diculik kerana ciri unik yang ada pada biri-biri itu. Kali terakhir dilihat pada 6 Januari, Scuzzy yang berusia sembilan bulan ditemui mati pada Rabu selepas pemeriksaan polis di sekitar kawasan rumah pemilik dan pencarian oleh orang awam tidak membuahkan hasil. Dilahirkan dengan kecacatan, mulut Scuzzy dilihat senget sebelah dan senyumannya sumbing. "Dia adalah salah satu daripada empat ekor kambing yang dilahirkan di ladang ternakan kami tetapi merupakan satu-satunya yang mempunyai wajah cacat. "Saya serta-merta menyayanginya dan mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Dia tidak mahu bersama biri-biri lain dan dia hanya mengikut saya di sekitar ladang. "Dia sangat kecil kerana dia tidak boleh makan banyak pelet akibat dari mulutnya yang hanya mempunyai bukaan kecil. "Saya sangat kecewa dia tidak ada lagi dengan saya. Saya rasa mungkin ada orang yang melihatnya dan berasa kasihan kepadanya sehingga mengambilnya tanpa mengetahui dia adalah haiwan kesayangan saya," kata Michelle. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube