suria

Turkiye dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban

Beberapa bangunan runtuh selepas gempa berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin. Foto: Getty Images

SEKURANG-kurangnya 15 orang terbunuh dengan sebahagian bangunan runtuh selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin.

Gegaran dilaporkan sangat kuat sehingga dirasai di Syria, Lubnan dan Cyprus.

Beberapa bangunan turut runtuh di Aleppo, utara Syria, menurut laporan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat segera dihantar ke kawasan yang dilanda gempa.

Menurut Pusat Kajian Geologi AS (USGS), gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye pada awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi gegaran kuat berukuran 6.7 magnitud.

Gempa awal berpusat 26 kilometer (km) timur bandar Nurdagi di wilayah Gaziantep, pada kedalaman 17.9 km, manakala gegaran kedua melanda beberapa minit kemudian berpusat di tengah Turkiye, pada kedalaman 9.9 km.

Gegaran berlarutan kira-kira seminit, menurut saksi Reuters di Diyarbakir. - Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain