suria

Mahu lepas hukuman mati, lelaki cungkil dan makan mata sendiri

Lelaki ini sanggup butakan mata sendiri untuk buktikan sakit mental.

SEORANG banduan akhir yang mencungkil dan memakan matanya sendiri, memohon belas ihsan mahkamah untuk mengelakkan hukuman mati di Texas, Amerika Syarikat.

Peguam kepada Andre Thomas berhujah, anak guamnya yang berusia 39 tahun itu mempunyai sakit mental kronik untuk dihukum mati dalam tempoh kurang sebulan iaitu pada 5 April.

Pada usia 21 tahun, lelaki itu membunuh isteri, bayi perempuannya yang berusia 13 bulan dan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun sebelum merobek hati dua anaknya itu.

Thomas kemudiannya masuk ke balai polis memberitahu pegawai, 'Tuhan mengarahkannya untuk melakukan pembunuhan itu dan percaya ketiga-tiga mangsa adalah syaitan'.

Pembunuhan Laura Boren dan dua anaknya, Leyha dan Andre, pada 2004 menggerunkan Sherman, sebuah bandar dengan kira-kira 45,000 penduduk, 65 batu (kira-kira 40 kilometer) di utara Dallas.

Pada perbicaraan, juri menolak pembelaan mengenai tahap mentalnya, manakala pendakwa raya menegaskan dia mengetahui perbuatannya adalah salah dan memburukkan lagi keadaan mentalnya adalah kerana penggunaan dadah. - NY Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain