suria

Kembar seiras timbang makanan sebelum makan untuk buang air besar bersama... mahu hamil serentak dengan lelaki sama

Pasangan kembar serias ini mahu melakukan segala-galanya bersama. foto ITV

SATU pasangan adik-beradik menjadi perhatian kerana mereka dilabel sebagai 'kembar paling seiras' di dunia.

Berkongsi butiran itu dalam program This Morning pada Rabu, Anna and Lucy DeCinqu turut menceritakan tentang tabiat mereka di tandas.

Mereka sebelum ini menjadi tajuk berita utama apabila Lucy memutuskan untuk mencabut giginya yang sihat, selepas Anna perlu mencabut gigi kerana mengalami jangkitan, dan itu akan menjejaskan rupa 'seiras' mereka.

Kini mereka lebih terbuka mengenai kehidupan dengan tinggal bersama pasangan bersama, Ben, dan berharap untuk hamil pada waktu sama.

Pasangan kembar ini menjalinkan hubungan bersama lelaki yang sama. foto TLC

Pasangan kembar berusia 37 tahun itu mendedahkan mereka sebenarnya menimbang makanan masing-masing sebelum menikmati hidangan yang sama, pada masa sama.

Ini menurut mereka bertujuan untuk memastikan proses yang sama dalam sistem pencernaan mereka dan akan pergi ke tandas, juga pada waktu sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpacaran selama 11 tahun, kembar seiras akhirnya dilamar kekasih

Hos Holly Willoughby dan Phillip Schofield kemudian menyentuh mengenai pasangan kembar itu mahu mencuba menjadi ibu pada masa.

Bagaimanapun, Anna dan Lucy tiada masalah sekiranya salah seorang daripada mereka hamil lebih awal daripada yang lain.

"Jika mungkin kami ingin hamil bersama, tetapi akhirnya adalah cara kami memilih untuk menjalani kehidupan kami.

"Saya tak fikir ia adalah tekanan, ia adalah 'cinta berganda' untuk Ben," kata Anna.

Mengulas lanjut, adik-beradik itu juga mendakwa mereka tidak pernah ada sebarang masalah cemburu berkongsi kasih dengan lelaki sama.

Mereka telah menjalinkan hubungan dengan Ben selama 11 tahun.

Sebagai peringatan, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, haram mengumpulkan dua adik-beradik perempuan dalam sebuah perkahwinan, dan semua pihak perlu menjauhinya.

Pengharaman itu kerana ia boleh mendatangkan pelbagai mafsadah (keburukan) kepada hubungan persaudaraan. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain