PIETRO Addis, seorang tukang masak berusia 19 tahun dibicarakan atas tuduhan membunuh kerana menikam neneknya sebanyak 17 kali di dada dan leher ketika dia di dalam bilik mandi. Pietro berbuat sedemikian selepas neneknya memberitahu orang di sekeliling bahawa dia ketagihan bahan terlarang iaitu ganja. Mangsa Sue Addis, 69, merupakan pemilik restoran Brighton Donatello's dan Pinocchio's dibunuh oleh cucunya pada 7 Januari 2021. Pihak polis menemui mayatnya terbaring di dalam bilik air berlumuran darah apabila sebelum itu Pietro memanggil perkhidmatan kecemasan. "Saya memanggil untuk menyerahkan diri. Terdapat pembunuhan," kata Pietro dalam panggilan telefon itu. Pietro dikatakan menghisap ganja semasa dia mengambil ubat untuk kemurungan dan ADHD. Neneknya telah menulis kepada Dr Daphne Keen, ahli psikologi yang mendiagnosis ADHD Pietro dan menjelaskan bagaimana bahan terlarang yang digunakan cucunya membuatkan dia perlahan dan hilang pertimbangan. "Dia hanya mahu duduk di dalam biliknya sepanjang hari dan dia tiada usaha untuk membuat apa-apa perkara pun. "Dia juga cepat menjadi panas baran dan tidak mahu berbincang," tulis Sue Addid kepada ahli psikologi tersebut. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube