SATU pasangan berdepan detik tragis apabila terjatuh pada ketinggian 25 kaki selepas merempuh pagar balkoni rumah mereka akibat bertengkar. Rakaman video menunjukkan Olga Volkova dan Yevgeny Karlagin, kedua-duanya berusia 35 tahun, bergelut di balkoni tingkat dua rumah mereka di St Petersburg, Rusia, pada Sabtu pagi. Ketika bertengkar, mereka merempuh pagar balkoni dan tiba-tiba runtuh, menyebabkan pasangan itu terjatuh. Volkova memakai seluar dalam dan badannya diselimuti kain besar ketika terjatuh, manakala Karlagin berpakaian lengkap. Kejadian ini sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan itu. -foto CityWalls.ru Pasangan itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius, lapor media tempatan. Kedua-duanya mereka dikatakan mengalami patah tulang tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal. Saksi kejadian berkata mereka melihat pasangan itu, yang mempunyai seorang anak lelaki bertengkar kira-kira jam 10 pagi sebelum tercampak dari balkoni. Keadaan pasangan ini selepas terjatuh dari balkoni. -foto CityWalls.ru Saksi, Denis memberitahu akhbar Komsomolskaya Pravda: "Saya sedang berjalan dengan rakan sekerja sambil merakam pemandangan jalan yang bersejarah. "Saya melihat pertengkaran itu dan mula membuat rakaman. "Seseorang yang mempunyai pengalaman perubatan ada di situ dan memeriksa nadi mereka sebelum memberitahu mereka berdua terselamat. "Kami menelefon ambulans," katanya. Pejabat pendakwa negeri St Petersburg sedang menyiasat sama ada balkoni itu tidak dibaik pulih dengan baik, yang boleh membawa kepada pendakwaan. Bangunan itu, yang terletak di pusat bersejarah St Petersburg, dikatakan dibina sejak 1833. -Metro UK Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube