suria

Atlet angkat berat lelaki pecah rekod dalam kejohanan kategori wanita

Lelaki ini menyertai pertandingan wanita selepas mengenal pasti dirinya sebagai wanita.

SESUATU yang di luar kebiasaan!

Seorang atlet angkat berat profesional lelaki, baru-baru ini, menyertai pertandingan wanita selepas mengenal pasti dirinya sebagai wanita, walaupun berjanggut.

Ketua Jurulatih Team Canada Powerlifting, Avi Silverberg menyertai kejohanan wanita Heroes Classic di Lethbridge, Alberta, pada Sabtu.

Oddity Central melaporkan, penyertaan Avi menjadi laluan mudah buatnya apabila dinobatkan sebagai juara dan berjaya memecahkan rekod wilayah dengan angkatan hampir 370 paun atau kira-kira 167 kilogram (kg).

Peraturan kejohanan menyatakan bahawa peserta boleh mengambil bahagian dalam jantina yang mereka kenal pasti.

Ia tidak tertakluk kepada keperluan untuk mendedahkan maklumat peribadi melebihi yang diperlukan oleh atlet 'cisgender' (lelaki atau wanita normal).

Majlis Bebas untuk Sukan Wanita (ICONS) dalam kenyataan berkata, Avi jelas tidak tergolong dalam sukan wanita dan begitu juga lelaki lain.

"Apa yang dilakukan Avi jelas dasar membenarkan lelaki menyertai sukan wanita sepenuhnya menghapuskan sebarang integriti dalam pertandingan wanita," kata kenyataan itu.

Anne Andres yang memegang rekod angkat berat wanita Alberta seberat 124 kg sebelum Silverberg memecahkan rekod itu, menggelar atlet lelaki itu sebagai pengecut dan fanatik dengan niat jahat.

"Saya fikir ini membuktikan satu perkara. Jika seorang lelaki muncul dan kemudian memecahkan rekod, bukankah itu membuktikan bahawa ia tidak adil?" soalnya. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain