suria

Tukang cuci pinggan datang kerja naik Bentley, rupa-rupanya si jutawan mahu isi masa lapang

Wanita itu berkata dia bekerja sekadar untuk mengisi masa lapang.

SEORANG pencuci pinggan di Sichuan, China, meraih perhatian ramai kerana dihantar dan dijemput ke tempat kerjanya setiap hari dengan menaiki kereta mewah Bentley Mulsanne.

Menurut wanita berkenaan, dia bukanlah orang miskin, sebaliknya melakukan kerja mencuci pinggan di sebuah hotel itu untuk mengisi masa lapang sahaja.

Melihat penampilannya yang sudah tua dan berpakaian biasa, tiada siapa pernah menyangka bahawa dia merupakan seorang jutawan.

"Saya bekerja di hotel bukan hanya untuk mendapatkan wang, tetapi kerana saya terlalu bosan di rumah dan berasa tidak selesa jika saya tidak mencuci pinggan selama sehari," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia dihantar dan dijemput oleh anak perempuannya setiap hari.

Dalam pada itu, pemilik hotel pada mulanya ragu-ragu dengan kemampuan wanita tersebut untuk bekerja.

Namun, selepas memerhatikannya seketika, dia mendapati bahawa wanita itu merupakan seorang pekerja yang bagus.

Malah, dia juga dipuji oleh rakan sekerja sebagai individu yang merendah diri dan mudah untuk didekati. - Dimsum Daily Hong Kong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain