suria

‘Mini Hulk’ umur 12 tahun sanggup bangun 5.30 pagi, gigih bersenam sebelum pergi ke sekolah

Neto digelar sebagai 'mini Hulk' kerana memiliki badan sado.

BUKAN biasa-biasa.

Begitulah gambarannya mengenai seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang memiliki badan sado.

Cauzinho Neto dari Salvador, Brazil, turut digelar sebagai 'mini-Hulk' kerana bentuk fizikalnya yang luar biasa dan berbeza dengan rakan seusianya.

Demi mendapatkan bentuk tubuh menarik, kanak-kanak itu melalui proses latihan ketat dengan penuh disiplin.

Setiap hari, dia akan bangun pada pukul 5.30 pagi dan melakukan larian sejauh 5 kilometer, ditambah dengan rutin senaman lain.

Selesai melakukan aktiviti kecergasan, kanak-kanak itu akan bersarapan dan pergi ke sekolah.

Selepas tamat sesi persekolahan, dia akan melakukan senaman selama dua jam, menyiapkan tugasan dan tidur pada pukul 9 malam.

Dia turut meraih populariti biasa sehingga mengumpul 265,000 pengikut di Instagram. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain