suria

Pengantin lelaki terkorban, bekas kekasih isteri hadiahkan pembesar suara berisi bahan letupan

Pengantin lelaki dan abangnya maut selepas mereka mengaktifkan pembesar suara itu.

DUA beradik maut selepas sebuah pembesar suara yang diberikan sebagai hadiah perkahwinan meletup sehingga memusnahkan sebuah kediaman, pada Isnin.

Pengantin baharu, Hemendra Merawi didakwa menerima pembesar suara itu sebagai hadiah perkahwinan daripada bekas kekasihnya isterinya.

Menerusi kejadian di daerah Kabirdham, India, Hemendra Merawi dan abangnya Rajkumar meninggal dunia akibat letupan yang berlaku sejurus pembesar suara itu diaktifkan.

Empat ahli keluarga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia 18 bulan, cedera dalam letupan itu, lapor Independent.

Menurut polis tempatan, suspek dikenali sebagai Sarju Markam memendam rasa marah dengan perkahwinan tersebut.

Suspek yang berusia 33 tahun ditahan di Madhya Pradesh pada Selasa.

Markam, seorang lelaki yang sudah berkahwin didakwa menjalinkan hubungan dengan pengantin perempuan dan mahu dia menjadi isteri keduanya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain