suria

Pemandu Pajero meracau selepas rempuh 2 kereta... Terbaring tak pakai baju, seluar hampir terlucut

Pemandu itu didakwa berkelakuan agresif kerana sedang mabuk.

SEORANG pemandu Mitsubishi Pajero meracau selepas dia terlibat dalam kemalangan di Jawa Barat, Indonesia, pada Khamis.

Menurut seorang individu dikenali sebagai Rahmad, 33, pemandu itu dibawa oleh penduduk ke tepi kaki lima kerana mahu melarikan diri.

Dakwa Rahmad, pemandu yang tidak berbaju itu berada di bawah pengaruh alkohol dan melanggar beberapa kereta ketika kesesakan jalan raya.

"Dia keluar kereta dan dipegang oleh orang ramai kerana mahu lari. Ya, dia sudah tidak berbaju ketika memandu kereta.

"Dia macam mabuk. Kereta yang berderet-deret itu dilanggar, lepas tu dia keluar tak pakai baju," katanya sambil menambah bahawa pemandu itu telah ditahan polis.

Menerusi sekeping foto, kelihatan lelaki itu sedang terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak berbaju.

Malah, seluarnya juga kelihatan dibuka butang serta zipnya dan hampir terlucut ketika dia terbaring sambil dikelilingi orang awam.

Menurut saksi, pemandu itu turut menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang tidak jelas ketika dia terbaring di atas jalan. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain