SEORANG gadis berusia 14 tahun di Kashmir mendakwa dirogol oleh bapa dan abang kandungnya sejak sembilan bulan lalu. Menurut laporan BBC, kakitangan yang memberikan bantuan perubatan kepada mangsa berkata, gadis itu dibawa ke bilik kecemasan oleh ibunya. Mangsa mengadu sakit perut dan pemeriksaan mendapati dia sedang hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan umur 12 tahun dirogol! Tiga remaja bawah umur didakwa di Bahau Dalam siasatan awal polis, mangsa mendakwa dia telah dirogol berulang kali oleh abang dan bapanya. Lebih keji, mangsa turut diugut oleh dua pelaku agar mendiamkan diri. Sementara itu, bapa dan abangnya ditahan polis dan mereka mengaku merogol gadis itu beberapa kali sejak sembilan bulan lalu. - First Post. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube