suria

Cahaya misteri waktu malam, penduduk nampak bulatan gergasi warna merah muncul di langit

Fenomena cincin gergasi bercahaya merah itu muncul pada 27 Mac. Foto: Valter Binotto.

PENDUDUK di bahagian tengah Itali kagum dengan fenomena alam berbentuk bulatan atau cincin bercahaya merah yang muncul di langit pada 27 Mac lalu.

Kelihatan persis filem fiksyen sains, fenomena unik yang menakutkan itu turut dirakam oleh seorang jurufoto, dikenali sebagai Valter Binotto.

Binotto menangkap imej tersebut ketika berada di bandar kecil Possagno, di kaki bukit Alps, Itali.

Menurut ahli astronomi, bulatan besar itu bersaiz sekurang-kurangnya 360 kilometer (km) diameter dan meliputi wilayah tersebut sehingga Laut Adriatik.

Dikenali sebagai Pancaran Cahaya dan Gangguan Frekuensi Sangat Rendah (ELVE), ia terjadi disebabkan hasil daripada Sumber Denyutan Elektromagnet (EMP).

Menurut Spaceweather, salah satu bolt kilat terjadi dengan sangat kuat sehingga menghasilkan EMP dan cincin merah itu menandakan tempat EMP melanda ionosfera bumi. - India Today.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain