suria

Tak sempat ambil makanan percuma, lelaki umur 50 tahun meninggal dunia ketika sedang beratur

Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran pada Ahad.

SEORANG lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk mengambil tepung percuma di Faisalabad, Pakistan pada Ahad.

Menurut laporan, mangsa sedang berpuasa ketika kejadian dan datang untuk mengambil tepung percuma yang diagihkan oleh kerajaan.

Insiden itu berlaku di Jalan Millat, Faisalabad, yang mana ratusan orang berkumpul untuk menerima agihan tepung berkenaan.

Lelaki itu, yang identitinya tidak didedahkan, rebah semasa beratur dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan penyelamat dipanggil ke tempat kejadian dan mereka mengesahkan kematian lelaki itu sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga. - Samaa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain