suria

Risau lewat, finalis Ratu Cantik Thailand sewa motosikal orang awam! Berdesup ke venue pertandingan

Finalis Ratu Cantik Thailand ini menunggang motosikal kerana sudah lewat.

FINALIS Miss Grand Thailand, Ninew Anuthida mendapat perhatian warga maya apabila dia menghadiri pertandingan ratu cantik dengan menaiki motosikal.

Bagi mengejar waktu, Ninew menyewa motosikal itu secara dalam talian supaya dapat cepat sampai venue pertandingan di Swisshotel Bangkok, Thailand.

Menerusi video yang tular, Ninew dilihat menunggang motosikal dengan sendirinya sambil lengkap memakai mahkota di kepala.

Orang awam di sekeliling dilihat bersorak kerana kagum dengan kebolehan wanita itu membawa motosikal.

Difahamkan, pemilik motosikal itu adalah lelaki yang duduk di belakang Ninew dan turut sempat mengambil gambar wanita itu menerusi telefon bimbit.

Sebaik tiba di lokasi, Ninew menyapa penyokongnya, malah turut melambaikan tangan dan mengambil gambar dengan berdiri di hadapan motosikal.

Wanita itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pemilik motosikal kemudian mengambil beg tangannya yang dipegang lelaki terbabit sepanjang perjalanan.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Ninew memuat naik gambar itu di Instagram miliknya.

Ninew Anuthida adalah salah seorang daripada puluhan peserta dari 77 wilayah di Thailand yang mengikuti pemilihan Miss Grand Thailand 2023.

Ninew pernah menyertai pertandingan sama tahun lalu, namun hanya berjaya memenangi kategori pakaian terbaik. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain