VIDEO seorang anggota polis berbadan tegap membaca ayat-ayat suci al-Quran menjadi tular di media sosial.
Manakan tidak, keindahan lantunan suara polis di Indonesia itu memukau sehingga menarik perhatian Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan (Menko Polhukam), Mahfud MD.
Menerusi akaun TikTiok @propampoldaaceh, alunan bacaan ayat suci al-Quran itu dilihat begitu teliti.
Kelancaran bacaan itu membuatkannya tidak kelihatans seperti bacaan al-Quran.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik agama Hindu rupanya hafal surah al-Quran sejak kecil, siap baca terjemahan - "Bagi saya hidayah adalah milik Tuhan"
Difahamkan, anggota polis bernama Ferdi itu berpangkat Ketua Brigadier (Bripka).
Kerana suaranya yang lunak, Bripka Ferdi merancang untuk menyertai pertandingan Majlis Tilawah al-Quran (MTQ), mewakili pasukan polis daerah Aceh.
Pada masa sama, Mahfud MD menerusi akaun Twitter beliau turut memberikan pujian kepada Bripka Ferdi. - Tribun Medan
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube