SEORANG ibu tergamak membuang bayinya berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga ditemukan lemas. Dalam kejadian di Tangerang, Indonesia, suspek wanita itu berusia 38 tahun membuang anaknya pada 3 April lalu. Memetik TribunJakarta, mayat bayi lelaki itu ditemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang. Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya setiap hari. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buang bayi dalam tong sampah, mayat si comel akhirnya ditemukan di pusat kitar semula Selain itu, suspek turut mengakui semakin tertekan kerana berasa letih akibat kerja rumah ditambah faktor ekonomi. "Ia juga disebabkan oleh ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi," tambah Sigit. Menurut suspek, mangsa menangis tanpa sebab yang jelas. "Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar 'bisikan' untuk membuang anaknya ke dalam sungai. "Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudian sedar dan cuba menyelamatkan bayinya. "Bagaimanapun, air semakin deras dan anaknya terus dihanyutkan," ujarnya lagi. Menurut Sigit, suspek juga telah menjalani pemeriksaan atau penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya. "Berdasarkan pemeriksaan, individu terbabit sihat dari segi psikologi dan boleh menjawab soalan," kata Sigit. Di bawah akta perlindungan kanak-kanak, wanita berkenaan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah. Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube