SEORANG lelaki meninggal dunia selepas dibelasah oleh sekumpulan penduduk kerana dituduh hendak mencuri burung. Kejadian berlaku di kawasan perumahan di jalan Bhayangkara, Kecamatan Padang Hilir, Kota Tebingtinggi di Indonesia, pada Khamis lalu. Ketika kejadian, mangsa berusia 27 tahun tercegat di atas teres rumah seorang penduduk. Kerana tidak mengenali mangsa, pemilik rumah mengesyaki mangsa hendak mencuri burung peliharaannya sebelum mengejar mangsa. Mangsa yang melarikan diri kemudian ditangkap oleh penduduk dan dipukul beramai-ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar samseng mahu belasah guru menyesal selepas videonya tular, minta maaf sampai bersujud di kaki Dalam satu rakaman video, kelihatan berpuluh-puluh orang memukul dan membogelkan mangsa sambil digari. Muka mangsa berlumuran darah dan keadaannya lemah. Mangsa turut memohon maaf dan memberitahu dia mempunyai seorang isteri dan dua anak. Ketua Perhubungan Awam Polis Tebingtinggi, AKP Agus Arianto mengesahkan kejadian itu. Selepas dipukul, mangsa dibawa ke hospital. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia beberapa jam kemudian. Susulan kejadian itu, Agus berkata, Unit Siasatan Jenayah Polis Tebingtinggi sedang menjalankan siasatan. Beberapa individu telah dipanggil polis dan merakamkan keterangan. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube