suria

Selepas semua jemaah sujud, lelaki dari saf ketiga meluru tikam imam dua kali

Lelaki ini menikam imam ketika solat Subuh berjemaah di masjid.

TULAR sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan seorang lelaki menikam seorang imam ketika menunaikan solat secara berjemaah.

Menerusi rakaman video, kelihatan lelaki berada di saf ketiga yang kemudiannya secara tiba-tiba meluru ke hadapan dan menikam imam terbabit dengan pisau sebanyak dua kali.

Difahamkan, ia berlaku sewaktu para jemaah menunaikan solat Subuh dalam sebuah masjid di New Jersey, Amerika Syarikat pada 9 April lalu.

Sejurus menikam mangsa dengan laju, suspek tersebut cuba melarikan diri dari orang ramai ke pintu belakang tetapi berjaya disekat oleh jemaah yang menahannya.

Memetik laporan CNN, mangsa, Sayed Elnakib ditikam sekitar jam 5.30 pagi di Masjid Omar semasa jemaah sedang sujud ketika solat.

Sebelum ini, suspek dikenal pasti sebagai Serif Zorba, 32, bukan ahli kariah masjid tetapi pernah bersolat di situ sebelum ini.

Suspek difahamkan merupakan penduduk tempatan dan menghadapi beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan memilik senjata yang menyalahi undang-undang.

Suspek bukan ahli kariah masjid tetapi pernah bersolat di situ sebelum ini.

Selepas insiden terbabit, ramai anggota polis yang memenuhi luar kawasan masjid ketika jemaah mula kembali menunaikan solat.

Dalam pada itu, jurucakap masjid menjelaskan kejadian terbabit hanya satu kes terpencil dan masjid akan terus dibuka selain menjamin keselamatan para jemaah yang hadir.

Menurut pihak peguam negara, kes tikam itu masih dalam siasatan dan polis belum mendedahkan motif serangan terbabit.

Sementara itu, imam tersebut telah mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain