AKIBAT didakwa melakukan kegiatan jenayah mencuri motosikal, seorang lelaki ditahan pihak polis. Lebih memalukan apabila dia diserbu oleh pihak polis ketika sedang menonton wayang bersama kekasihnya. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, beberapa orang anggota polis yang berpakaian seperti orang awam memasuki sebuah pawagam di wilayah Lampung, Indonesia. Berikutan kejadian, suspek berkenaan yang duduk di kerusi penonton berjaya ditangkap oleh mereka. Semasa penangkapan terhadap lelaki berbaju kemeja, dia dilihat duduk bersebelahan seorang wanita yang dipercayai merupakan teman wanita kepadanya. Sebelum dibawa keluar daripada panggung wayang, pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek. - Suara.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube