suria

Sumbat botol kaca dalam kemaluan, wanita sanggup terjun bangunan sebab tak tahan diseksa suami

Wanita ini terpaksa terjun tingkat empat demi larikan diri daripada suami.

SEORANG wanita Thailand terjun dari tingkat empat sebuah hostel di wilayah Samut Prakarn di Bangkok.

Ia berpunca untuk melarikan diri daripada suaminya yang kejam, didakwa penagih dadah bertindak menyeksa dengan memasukkan botol kaca ke dalam farajnya.

Pasukan penyelamat dari Yayasan Poh Teck Tung bergegas ke Soi Bang Pla 22 di daerah Bang Plee, Samut Prakarn untuk membantu mangsa.

Mangsa, Naritsara, 27, melarikan diri dari tempat tinggal berdekatan untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan semasa pemeriksaan kereta.

Apabila tiba di tempat kejadian, pegawai mendapati Naritsara menangis akibat melecur dan luka di kepalanya.

Mereka segera memberikan pertolongan cemas sebelum membawanya ke Hospital Bang Plee untuk rawatan lanjut.

Menurut Naritsara, suaminya, Paisarn, 33 tahun, yang berada di bawah pengaruh dadah menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Sebagaimana yang berlaku, Paisarn memaksanya untuk tinggal di dalam bilik dan mengancam untuk menikamnya sekira dia cuba melarikan diri.

Suspek kemudiannya mendidihkan sedikit air dan mengugut dia akan mencurahkannya ke atasnya sebelum menyumbat botol ke dalam farajnya.

Dia kemudiannya memukul dengan botol itu ke atas kepala isteri sehingga pecah dan menuang air panas ke atasnya.

Menurut Naritsara ketika memberitahu pegawai, dia takut ditikam sehingga mati, maka dia memilih untuk tidak melawan serangan itu.

Nekad dengan keputusan, Naritsara menjelaskan bahawa suaminya mengurungnya di dalam bilik tetapi dia memutuskan untuk melompat dari bilik di tingkat empat untuk mendapatkan bantuan.

Jelas Naritsara, dia berkahwin dengan Paisarn setahun yang lalu setelah berpacarab lebih sembilan hari.

Katanya, dia bersetuju untuk berkahwin dengannya kerana dia tidak menunjukkan sebarang keganasan atau penggunaan dadah sebelum ini.

Kini, Naritsara berkata dia akan memfailkan aduan terhadap suaminya dan menceraikannya.

Pegawai dari Balai Polis Bang Plee melaporkan bahawa mereka akan menyoal lebih lanjut Naritsara dan menjemput suaminya untuk disoal siasat. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain