suria

Berang tak dibelikan motor, lelaki baru sejam sampai kampung mati ditikam anak saudara

Lokasi kejadian seorang lelaki ditikam oleh anak saudara sendiri.

BARU sejam tiba di kampung halaman, seorang lelaki maut ditikam oleh anak saudaranya sendiri.

Kejadian berkaku di Desa Pakembaran, Slawi, Kabupaten Tegal di Indonesia, pada Isnin.

Mangsa berusia 32 tahun dikatakan tiba di kampung halaman dari Jakarta.

Suspek yang merupakan anak saudara mangsa berusia 23 berang dengan ibu bapanya kerana permintaan untuk memiliki motosikal tidak dipenuhi.

Bapa suspek mendedahkan bahawa anaknya pada mulanya meminta untuk dibelikan motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi sahur berdarah! Suami amuk tetak isteri berkali-kali hingga mati kerana enggan masak

Namun permintaannya tidak dipenuhi kerana tidak mempunyai wang, lalu anaknya mengamuk dan mengugut untuk membunuhnya.

Bimbang dengan ancaman itu, bapa suspek melarikan diri dan bersembunyi di luar rumah.

Pada masa sama, mangsa baru pulang dari Jakarta.

"Mangsa cuba campur tangan, sebaliknya dia menjadi sasaran. Dia baru sejam pulang ke rumah," kata bapa suspek.

Pegawai polis, AKP Vonny Farizky berkata, suspek kini ditahan dan siasatan sedang dijalankan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia dengan ditikam dengan senjata tajam sebanyak tiga kali di bahagian dada," kata Vonny.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain