SEORANG anak tergamak menikam ibu kandung sehingga meninggal dunia. Suspek dikenali sebagai David Humaidi Candra Kuncoro, 27 disyaki membunuh dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. Berikutan kejadian, suspek tergamak menikam perut dan dada ibunya menggunakan pisau sebanyak tiga kali. Menurut portal Tribunnews, mangsa merupakan kakitangan wanita (TKW) di Hong Kong dikatakan pulang ke tanah air Indonesia sekitar dua minggu lalu untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Namun, segalanya bertukar tragedi apabila mangsa dibunuh oleh anak kandungnya sendiri. Difahamkan kejadian berlaku di Malang, Jawa Tengah, Indonesia. Menurut salah seorang jiran mereka, kedua-dua beranak itu dipercayai bertengkar disebabkan masalah wang. “Mangsa mungkin selalu marah anaknya sebab duit hasil titik peluh bekerja dekat Hong Kong selama ni selalu dihabiskan. “David seorang lelaki yang baik. Tapi dia pun jarang bekerja. Dia selalu beremosi setiap kali kena marah dengan si ibu,” katanya. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan. Bagaimanapun, polis percaya motif kejadian berpunca daripada sakit hati. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!