suria

Wang tunai bernilai RM800,000 dilemparkan ke lebuh raya, orang ramai sibuk kutip untuk berjoli

Duit dilemparkan ke lebuh raya untuk diambil orang ramai.

DURIAN runtuh!

Seorang lelaki membuang AS$200,000 (kira-kira RM883,800) dari tingkap keretanya di lebuh raya yang sibuk di Amerika Syarikat (AS) sebagai ganjaran untuk orang lain.

Tindakan lelaki itu menyebabkan pengguna jalan raya yang memandu di Interstate 5 di Oregon memberhentikan kenderaan mereka dan keluar untuk mengambil wang yang setiap satunya dengan nota wang kertas AS$100 (RM442).

Polis Oregon berkata, Colin Davis McCarthy, 38, membuang wang itu keluar dari tingkap keretanya di bandar Eugene kira-kira jam 7.20 malam pada 11 April.

Polis dalam satu kenyataan kepada KVAL-TV berkata, McCarthy yang tidak pernah didakwa atas sebarang jenayah, memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu memberkati orang lain dengan hadiah wang.

Wang tunai itu dipercayai datang daripada akaun bank keluarga dan boleh diakses McCarthy.

Polis kemudian memberi amaran kepada McCarthy bahawa dia boleh didakwa kerana membuang sampah atau mencetuskan bahaya di lebuh raya. - Insider

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain