suria

Mahu sambut perceraian dengan isteri, lelaki ubah suai kereta untuk tunjuk kegembiraan

Lelaki ubah suai kereta untuk raikan perceraian.

LAIN daripada yang lain!

Seorang elaki menandakan berakhirnya perkahwinan lalu dengan memandu kereta berpelekat 'Just Divorced' di sekitar Dartford, Kent, Amerika Syarikat.

Angus Kennedy, 58, berpisah dengan bekas isteri Sophie Kennedy, 47, memutuskan mahu meraikan kehidupan solonya yang baharu dengan mengubah suai kereta Subaru miliknya.

Pada kenderaan itu, tertera perkataan 'kebebasan' dan 'hon jika anda bujang.'

Dia mereka bentuk dan menempah pelekat 'Just Divorced' miliknya sendiri untuk but kereta dan melekatkan mawar dan reben palsu pada bonet.

Angus mahu meningkatkan kesedaran mengenai perceraian sebenarnya boleh diraikan dan bukan malapetaka.

"Perceraian tidak semestinya bermaksud malapetaka, ia boleh menjadi permulaan baharu.

"Saya dan Sophie masih berkawan dan walaupun hubungan percintaan terputus namun tiada permusuhan antara kami.

"Bagi saya, mengubah suai kereta menjadi cara yang lucu untuk meraikannya," katanya.

Pasangan itu memfailkan perceraian pada Julai 2021 selepas mereka bersetuju untuk berpisah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata berumur antara 11 dan 23 tahun.

Sophie, seorang pakar kecantikan, kini masih tinggal di kawasan yang sama dengan Angus dan mereka berkongsi hak penjagaan anak.

"Saya mahu bercerai secara baik untuk menunjukkan kepada anak yang kami boleh kekal berkawan.

"Sangat penting bagi saya untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka," katanya. - Mirror UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain