SEORANG nenek ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan dengan cucunya, dalam satu kejadian kebakaran. Kejadian berlaku di Dusun Semroto, Honggosoco, Kecamatan Jekulo Kudus di Indonesia, pada Jumaat malam. Insiden yang berlaku di rumah mangsa, Sutini dikatakan berpunca daripada lilin yang dinyalakan kerana bekalan elektrik terputus ketika hujan lebat. Bekalan elektrik terputus berterusan sehingga waktu berbuka puasa, dan lilin diletakkan di atas almari sebelum terbakar. ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati... ibu rentung cuba selamatkan 4 anak lelaki, berlari masuk semula ke rumah dalam tragedi 1 Syawal Api marak dengan cepat menyebabkan Sutini tidak dapat keluar dari biliknya, menyebabkan dia dan cucunya berusia lima tahun terperangkap. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Jeluko, AKP Lukhar menerusi Bripka Arifriyanto ketika ditemui di lokasi kejadian. Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam oleh penduduk setempatan selepas melihat kepulan asap dari rumah mangsa. Penduduk kampung kemudian cuba memadamkan apai dan berjaya dipadamkan selepas 30 minit. "Menurut keterangan anaknya, Sutini tidak sihat, penglihatannya tidak jelas dan perlu menggunakan tongkat untuk berjalan, menyebabkan mangsa tidak boleh bergerak pantas untuk keluar menyelamatkan diri. "Jenazah dkebumikan pada pukul 3 pagi Sabtu ketika orang hendak bersahur," tambahnya lagi. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube