DENGAN keazaman yang teguh, tiada apa yang mustahil untuk dicapai. Begitulah apa yang disasarkan lelaki ini apabila dia bertekad mencipta rekod dunia bagi bilangan tekan tubi terbanyak dalam satu jam. Lucas Helmke, 33 yang juga merupakan seorang bapa dan akauntan di Brisbane, Australia memecahkan rekod selepas melakukan 3,206 tekan tubi dalam masa sejam. Rekod terdahulu iaitu 3,182 tekan tubi dalam masa sejam juga dicipta oleh seorang warga Australia, Daniel Scali pada April tahun lalu. Helmke melakukan kira-kira 53 tekan tubi seminit dan melakukannya 60 kali berturut-turut. Menurut Helmke, kejayaan itu didedikasikan untuk anak lelakinya yang berumur satu tahun dengan tujuan memberi inspirasi dan menunjukkan kepadanya tiada apa yang mustahil. Dia melakukan rekod tekan tubi di gimnasium Iron Underground dekat Brisbane pada bulan November. Setiap tekan tubi itu perlu mengikut standard ditetapkan. Terdahulu 34 tekan tubi dilakukannya tidak dikira kerana tidak mengikut standard berkenaan. Menerusi gambar sijil Rekod Dunia Guinness (GWR) yang dimuat naik di Facebook miliknya pada bulan lalu, Helmke menulis akhirnya berjaya. - GiveMeSport Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube