SEORANG gadis meraih perhatian ramai selepas dia membuat pengakuan tentang dirinya yang mengalami peranakan jatuh atau pelvic organ prolapse (POP). Lauren, 17, menerusi laman TikTok mendakwa masalah itu berlaku kerana dirinya yang terkentut dengan sangat kuat. Imbas Lauren, dia pada mulanya berasa tidak selesa sehingga dia terjaga dari tidurnya. Setelah bangun tidur, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya dan terus membuat carian di internet. "Ternyata rahim saya jatuh, ia biasanya tidak berlaku sehingga anda berusia pertengahan 70-an," kata Lauren. 18 jam selepas kejadian itu, Lauren akhirnya pergi ke hospital. Lauren berkata jururawat terkejut dan ketawa bersamanya apabila mereka membantunya. Menurut Mayo Clinic, prolaps berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis meregang dan melemah sehingga tidak lagi memberikan sokongan yang mencukupi untuk rahim. Prolaps paling kerap memberi kesan kepada wanita menopaus yang pernah bersalin sekali atau lebih melalui faraj. Prolaps rahim berlaku akibat kelemahan otot pelvis dan tisu penyokong. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube