suria

Lelaki selamatkan teman wanita daripada simbahan asid, masuk hospital akibat cedera parah

Lelaki dikejarkan ke hospital setelah cedera parah terkena simbahan asid.

SEORANG lelaki sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan teman wanita daripada ‘serangan’ simbahan asid oleh bekas teman lelaki.

Mangsa merupakan seorang warga Thailand mengalami cedera parah selepas memberanikan diri melindungi teman wanitanya daripada terkena asid tersebut.

Kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah Si Maha Pho, Prachin Buri, Thailand, pada 17 April lalu.

Menurut mangsa wanita, Roongrat Towong, dia pada mulanya terdengar ketukan di pintu pada lewat malam.

Dia dan teman lelakinya, Saengpetch, membuka pintu lalu melihat bekas teman lelakinya, Thongkham Klomthong berdiri di hadapan mereka.

Suspek secara tiba-tiba mengeluarkan secawan asid, membuka penutupnya, dan melemparkannya ke arah Roongrat.

Saengpetch, yang berdiri di sebelahnya, segera melompat ke hadapan untuk melindunginya daripada asid, mengakibatkan kecederaan parah di seluruh badan, terutama di bahagian mata.

Susulan kejadian, Roongrat turut cedera apabila asid terkena muka dan bahagian badan yang lain.

Bagaimanapun, suspek melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu.

Sebelum ini, suspek pernah menghubungi bekas teman wanitanya untuk mengetahui kesahihan tentang teman lelaki baharunya.

Namun, Thongkham tidak menyatakan sebarang rungutan atau ugutan malah mengucapkan selamat maju jaya pada ketika itu.

Sehingga kini Saengpetch masih menerima rawatan di Hospital Chao Phraya Abhaibhubejhr. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain