suria

Tragedi sahur berdarah! Suami amuk tetak isteri berkali-kali hingga mati kerana enggan masak

Suspek kini ditahan polis. foto Istimewa

AKIBAT enggan masak untuk juadah sahur, seorang suami tergamak menetak isterinya hingga mati.

Mangsa berusia 30 tahun maut dengan kesan tikaman di seluruh badan, gara-gara perbuatan suaminya.

Ketua Polis Daerah Pesawaran, AKBP Pratomo Widodo berkata, kejadian berlaku di Desa Trirahayu, Kabupaten Negeri Katon di Indonesia, pada awal pagi.

"Suspek yang berusia 32 tahun merupakan suami kepada mangsa.

"Dia dikatakan mengamuk kerana mangsa enggan memasak untuk sahur," kata Pratomo, pada Isnin memetik laporan Kompas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat beraya di kampung tak kesampaian, wanita maut ditikam anak sendiri

Pada mulanya, suspek baru menyembelih ayam dan meminta isterinya memasak untuknya.

Bagaimanapun, mangsa menolak permintaan itu kerana keletihan.

"Mangsa enggan memasakan dengan alasan penat. Ia membuatkan suspek berang," kata Pratomo.

Menurut Pratomo, suspek kemudian mengejar mangsa hingga ke halaman rumah dan menetaknya berulang kali menggunakan parang.

Tambah beliau lagi, mangsa mengalami kesan tikaman di dahi, lengan dan belakang kepala.

"Kita telah menahan suspek," ujar Pratomo.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain