TIDAK berhati perut! Di mahkamah Iowa di Amerika Syarikat pada Selasa, dua remaja didakwa membunuh guru bahasa Sepanyol mereka. Mayat Nohema Graber, 66, ditemui di bawah kanvas dan kereta sorong di Fairfield Park pada 3 November 2021. Willard Miller dan Jeremy Goodale yang berusia 16 tahun ketika kejadian, secara berasingan menarik balik pengakuan tidak bersalah, kelmarin. Pendakwa raya berkata, Miller kecewa selepas memperoleh gred rendah dalam kelas bahasa Sepanyol dan merekrut Goodale untuk membantu membunuh Graber dengan kayu besbol. Dalam keterangannya, Goodale mengaku Miller membeli kayu besbol yang digunakan untuk jenayah berkenaan dan memintanya membantu menamatkan riwayat mangsa dan mengawasi persekitaran. Sebagai peringatan, perbuatan membunuh salah dari segi undang-undang dan juga dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - The Guardian Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!