suria

Minneapolis jadi bandar pertama di Amerika Syarikat benarkan laungan azan lima waktu

Masjid di bandar di Amerika Syarikat ini membenarkan azan secara terbuka.

MINNEAPOLIS jadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara 12-0 untuk membenarkan azan dilaungkan dari masjid walaupun terdapat peraturan semasa mengenai bunyi.

Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota berkata keputusan itu kemenangan bersejarah bagi kebebasan beragama dan pluralisme.

"Kami berterima kasih kepada ahli Majlis Bandaraya Minneapolis kerana menunjukkan contoh hebat dan kami menggesa bandar lain untuk turut sama mengikutinya," kata pengarah negeri CAIR, Jaylani Hussein. - Fox News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain