NINJA penyu. Demikian gelaran yang diberikan pasangan suami isteri terhadap anak lelaki mereka yang mempunyai tanda lahir di belakang badan seperti cengkerang penyu. James McCallum yang berusia satu tahun, dari Tampa, Florida, dilahirkan dengan tanda lahir yang berubah menjadi ketulan besar yang menutupi sebahagian besar belakangnya. Pun begitu ibunya, Kaitlyn, 35, memaklumkan, keputusan ultrasound dari Hospital Morton Plant di Clearwater iaitu tempat dia dilahirkan pada Ogos 2021 tidak menemukan apa-apa penyakit. Dia bagaimanapun berasa bimbang apabila kulit mula berkudis sehingga membentuk ketulan. Susulan daripada itu, seorang perekrut kakitangan perubatan mengambil masa dua bulan untuk ketumbuhan tersebut kerana ia terus berkembang di seluruh belakang James. Ia didapati sebagai nevus melanocytic kongenital gergasi, pertumbuhan jinak seperti tumor yang disebabkan oleh sel pigmen yang berkembang secara tidak betul. "Sebelum dikeluarkan, ia telah membesar dengan cepat dan menjadi seperti kulit penyu di belakangnya. "Sampai satu tahap kami terpaksa menidurkannya di sisi kerana dia tidak boleh meletakkan kepala secara rata. "Ia menutup 75 peratus belakang pada permulaan dan kini mula menjadi lebih gemuk dan berketul seperti semakin membesar," ujarnya. - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube