suria

Tak boleh terima isteri asyik minta cerai, suami jerut guna tali penyidai pakaian sampai mati

Masalah kewangan sering berlaku dalam rumahtangga pasangan telah berkahwin. -Gambar hiasan.

SEORANG lelaki membunuh isterinya dengan kejam, dalam kejadian berlaku di Kampung Danau Indah, Kalimantan, Indonesia.

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tanah Bumbu, AKP Saryanto berkata, pelaku membunuh isterinya akibat terlalu kerap meminta cerai daripadanya.

"Motif pembunuhan adalah krisis ekonomi.

"Disebabkan hal itu si isteri minta diceraikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut portal kompas, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu di mana si suami menjerut leher isteri menggunakan tali ketika isterinya membuang air besar di pinggir sungai belakang rumah.

"Suspek dari belakang terus menjerut leher mangsa dengan menggunakan tali penyidai pakaian," katanya.

Tidak lama kemudian, suspek cuba membunuh diri dengan meneguk racun tanaman namun gagal.

"Setelah melakukan pembunuhan, suspek mencuba bunuh diri dengan meminum racun tanaman dan memberitahu pada kakak kepada mangsa bahwa adiknya telah dibunuh," tambahnya.

Mendengar sahaja bahawa pelaku telah membunuh adiknya, keluarga mangsa membuat laporan polis.

Polis bergegas sebelum menangkap suspek yang kemudian membuat pengakutan telah membunuh isterinya.

Jika disabitkan kesalah, suspek akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah berdosa besar, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Tindakan tersebut bukan jalan terakhir untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain