suria

“Siapa tumpahkan nasi?” - Penerbangan ditunda lebih sejam, kru kabin tunggu penumpang bersihkan makanan di lantai

Penerbangan tersebut dilambatkan lebih sejam gara-gara nasi yang tertumpah atas kapal terbang.

PENERBANGAN Southwest Airlines ditangguhkan lebih sejam selepas kru kabin enggan membenarkan pesawat itu berlepas sehingga longgokan nasi di lorong penumpang dibersihkan.

Kekecohan pada Sabtu lalu itu dirakamkan selepas penumpang menaiki pesawat dari Atlanta, Georgia, ke Houston, Texas di Amerika Syarikat.

Seorang penumpang, Jennifer Schaper merakamkan kejadian itu lalu dimuat naik di Twitter sehingga ia menjadi tular.

"Pramugari itu menjerit 'siapa yang menumpahkan nasi?' sambil berjalan berulang alik.

"Mereka enggan meninggalkan pintu pesawat sehingga seseorang membersihkan makanan tumpah," tulisnya dalam ciapan asal.

Namun, tiada siapa yang mengaku menumpahkan makanan, malah kru itu sendiri terpaksa mencari penyapu dengan membersihkannya sebelum penerbangan akhirnya boleh berlepas.

Ketika kru penerbangan menunggu penyapu untuk membersihkan tumpahan makanan, Schaper menyiarkan video di mana atendan meminta maaf kepada penumpang atas kelewatan itu.

"Kami membersihkan nasi ini supaya anda tidak perlu berjalan melaluinya dan ia tidak akan merosakkan pemandangan.

"Kami mohon maaf, tetapi, sekali lagi, saya tidak fikir anda mahu melaluinya. Biarlah kami menguruskannya sebelum berlepas," kata atendan tersebut. DAILYMAIL.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain