suria

Bernafsu dengan haiwan, lelaki mengaku cabul burung camar sambil tonton video lucah

Lee mengaku melakukan perbuatan itu pada Ogos tahun lalu.

SEORANG lelaki mengaku bersalah melakukan perbuatan seks dengan seekor burung camar.

David Lee, 40, dari Roker Avenue, Sunderland, mengaku atas perbuatan itu ketika dibicarakan di Mahkamah Majistret Tyneside Selatan pada Selasa.

Dalam kejadian pada Ogos tahun lalu yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), Lee mengejar seekor burung dan melakukan perbuatan lucah ke atas haiwan berkenaan.

Lebih jijik, dia turut menonton video lucah di telefon bimbitnya ketika melakukan perbuatan keji berkenaan.

Sebaik sahaja selesai, dia menarik seluarnya dan memberikan "tendangan kecil" kepada haiwan berkenaan.

Pertuduhan terhadap Lee pada mulanya mengatakan dia meletakkan zakarnya pada paruh burung itu.

Namun, butiran itu diubah yang mana dia didakwa "mengambil seekor burung liar dan melakukan perbuatan seksual, sehingga menyebabkan haiwan itu terseksa".

Majistret menangguhkan kes untuk menjatuhkan hukuman pada pada 23 Mei depan.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - The Northern Echo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain