suria

Bayi bertuah! Bapa ‘selimutkan’ anak baru lahir dengan puluhan wang kertas not AS$100

Seorang bayi diselimutkan dengan puluhan wang kertas AS$100. sumber DailyLoud

KELAHIRAN cahaya mata merupakan saat yang paling menggembirakan dalam keluarga.

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kegembiraan itu.

Seorang lelaki memilih cara yang sangat berbeza dan mewah untuk menyambut kelahiran anak lelakinya.

Dia menghujani bayinya dengan limpahan wang kertas not bernilai tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir dalam pesawat ke London, bayi bertuah dapat tiket penerbangan percuma seumur hidup

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, bayi itu 'diselimutkan' dengan puluhan wang kertas AS$100 (RM446).

Perkongsian video di laman Twitter @DailyLoud menimbulkan pelbagai reaksi dan pandanga netizen.

"Tak comel, Wang tu kotor.

"Lelaki itu selimutkan 'bakteria' pada bayi yang baru lahir.

"Kuman pada bayi yang baru lahir.

"Lelaki selimutkan anaknya untuk memanaskannya," kome netizen. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain