suria

Tragis! Gaduh angkara tolak hubungan intim, isteri nekad terjun dalam perigi... suami selamatkan sebelum bunuh

Seorang suami ditahan berhubung kes pembunuhan isterinya.

ANGKARA bergaduh dengan suami kerana hubungan intim, seorang wanita nekad membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah perigi.

Si suami menyelamatkan isterinya dalam perigi sebelum didakwa membunuhnya.

Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di Jashpur di Chhattisgarh, India.

Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri berkenaan dikatakan mengambil minuman beralkohol sebelum ke bilik tidur, pada Isnin malam.

Suspek kemudian mengajak isterinya untuk melakukan hubungan intim.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi sahur berdarah! Suami amuk tetak isteri berkali-kali hingga mati kerana enggan masak

Pertengkaran berlaku selepas permintaan tersebut ditolak sebelum mangsa nekad membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi.

Suspek turut terjun bagi menyelamatkan isterinya.

Bagaimanapun, berlaku pergaduhan lagi antara suami isteri itu sehingga suspek menyerang dan membunuh mangsa.

Polis kemudian menerima maklumat berhubung kejadian dan menahan suspek.

Ketua polis, Jagsay Pankra berkata, perkara itu dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - India Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain