suria

Tragis! Wanita maut selepas guna produk pembersihan, sinki pun hitam

Angela maut selepas terhidu produk pembersihan yang diletakkan di sinki.

MALANG tidak berbau.

Seorang wanita berusia 47 tahun maut selepas menggunakan produk pembersih untuk sinkinya.

Angela Gil, dari bandar Gijon, barat laut Sepanyol, mengalami kegagalan pernafasan yang teruk selepas terhidu asap pembersih pada 22 April lalu.

Difahamkan kejadian berlaku semasa dia menuang produk ke dalam singki, yang kemudiannya menyebabkan tindak balas kimia sehingga mengakibatkan maut.

Malah, pasukan penyiasat sebulat suara menyatakan kematian berpunca daripada produk yang digunakan mangsa selepas melihat kesan hitam pada sinki.

Terdahulu, Angela dilihat bergegas keluar dari aparmentnya dan cuba mendapatkan bantuan daripada jiran.

Pun begitu, tiada sesiapa di rumah yang dapat membantunya.

Dia ditemukan tidak sedar diri berhampiran lif. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain