BERANG ubat yang diberikan tidak memberi sebarang kesan, doktor di sebuah pusat rawatan di Lampung Barat, Indonesia dipukul dua individu. Difahamkan salah seoran suspek tersebut adalah pesakit yang dirawat mangsa. Berdasarkan laporan medan.tribunenews.com, suspek pada awalnya hadir untuk mendapatkan rawatan kerana berasa pedih ulu hati. Dia kemudian diberikan ubat bersesuaian. Pun begitu, selepas mengambil ubatan berkenaan, dia merasakan tiada perubahan berlaku. Ekoran itu, suspek berasa tidak puas hati sehingga sanggup memukul dan mencekik doktor yang merawatnya sambil dibantu oleh ahli keluarganya. Kejadian yang berlaku itu dirakam dan menjadi tular. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube