PADAH cuba jual alat sulit lelaki kepada pembeli, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan di pusat beli belah di Afrika Selatan. Suspek ditahan selepas pembeli terbabit membuat laporan polis dan telah didakwa atas kesalahan memiliki tisu manusia secara tidak sah. Dia hadir di hadapan hakim di Mahkamah Majistret Butterworth pada 24 April. Terdahulu, menurut media tempatan, kes tersebut telah dipindahkan ke mahkamah tinggi dengan suspek dijangka menghadapi pertuduhan cubaan membunuh. Jurucakap polis, Majola Nkohli berkata, suspek pada awalnya dipercayai sedang mencari pembeli di Butterworth. "Siasatan awal telah mendedahkan bahawa alat sulit adalah milik seorang lelaki berusia 68 tahun di Daerah OR Tambo," katanya. Pesuruhjaya Polis Eastern Cape, Leftenan Jeneral Nomthetheleli Mene kemudiannya memuji penduduk tempatan kerana menahan suspek. "Ini adalah perbuatan keji dan kejam dan tindakan suspek adalah tidak berperikemanusiaan... Keadilan mesti diambil," tegasnya. Mangsa yang tidak dinamakan dilaporkan berada di hospital. Motif jenayah itu kini tidak jelas dan siasatan sedang dijalankan. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube