GARA-GARA gemar memancing, seorang lelaki menemukan mayat wanita tanpa pakaian yang terapung di sungai wilayah Kecamatan Sanankulon, Kabupaten Blitar, Jawa Timur. Difahamkan, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan telentang dengan mukanya telah rosak. Menurut pihak berkuasa, mangsa berketinggian 150 sentimeter. "Proses bedah siasat sedang dilakukan pada masa ini," ujarnya. Tambahnya, pihak polis belum mengetahui motif kematian sama ada lemas mahupun faktor lain. Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut atau kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat laporan polis. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube