suria

2 wanita cetus drama tarik rambut gara-gara liat bayar hutang RM3,000... tak cukup pijak, simbah air panas

Wanita disiram air panas kerana enggan membayar hutang.

GARA-gara liat membayar hutang, seorang wanita disimbah dengan air panas.

Dalam kejadian yang berlaku di pusat karaoke, pertengkaran tercetus apabila seorang wanita enggan membayar hutang berjumlah 10 juta rupiah (RM3,000).

Bukan itu sahaja, dia juga menjadi agresif ketika rakannya memintanya membayar hutang berkenaan.

Difahamkan insiden terbabit berlaku di Taichung, Taiwan pada 21 April lalu.

Dikenali sebagai Tran, dia pada mulanya meminta hutangnya untuk dibayar dengan cara baik tetapi ditolak secara kasar oleh rakannya, Ton.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak hidup merempat gara-gara hutang cukai bekas suami

Tran dan saudara lelakinya bertindak menyerang Ton kerana keenggannya untuk membayar hutang.

Ketika itu berlaku drama 'tarik rambut', Ton bukan sahaja diheret ke lantai, malah ditampar dan dipijak berulang kali.

Tran kemudian satu periuk yang berisi air panas mendidih dan menyimbahnya ke muka mangsa.

Ton menjerit kesakitan dan cuba melarikan diri namun gagal, dia dibawa masuk semula oleh Tran yang enggan melepaskannya.

Susulan kejadian itu, Tran bersama saudara lelakinya dan seorang lagi individu yang merakam kejadian ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan seumpama ini salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya. - TribunJatim.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain