suria

Sayu dibuang keluarga sendiri, lelaki lumpuh ditinggalkan terbaring tepi jalan

Warga emas lumpuh ini dibiarkan terbaring dalam sebuah pondok oleh dua orang lelaki.

SEORANG lelaki berusia 51 tahun ditemui dalam keadaan lumpuh didakwa telah dibuang oleh ahli keluarganya.

Lelaki malang itu ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Jatiuwung, Kota Tangerang di Banten, Indonesia pada 25 April.

Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Kota Tangerang Kombes, Zain Dwi Nugroho mengesahkan kejadian tersebut.

"Memang betul, lelaki itu ditinggalkan oleh seseorang di tepi jalan,” kata Zain Dwi Nugroh dalam keterangannya kepada pemberita.

Menurut Zain, polis bergegas ke lokasi kejadian dan membantu lelaki itu selepas menerima laporan daripada orang ramai sebelum membawanya ke Khidmat Sosial Kota Tangerang.

Berdasarkan laporan ketua RW, saksi yang merupakan penduduk tempatan melihat dua penunggang motosikal pada pukul 3 petang.

Mereka kemudiannya menurunkan lelaki lumpuh tersebut lalu meninggalkannya.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Kota Tangerang untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, polis memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain