SEORANG warga emas yang merupakan 'kaki judi' dilaporkan menculik cucu perempuannya untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan. Tertuduh merupakan lelaki berusia 65 tahun, dikatakan menggunakan helah dengan menjemput cucunya pulang dari sekolah. Sebaliknya, lelaki berkenaan yang bernama Yuan bertindak menculik cucunya sendiri. Dia kemudian menelefon anak perempuannya dengan mengugut supaya membayar wang tebusan sebanyak 500,000 yuan (RM322,101). Malah, lelaki ini memberi tempoh tiga untuk pembayaran wang dengan mengancam untuk membunuh tebusan. Bagaimanapun, si anak menghubungi polis dan bapanya berjaya ditahan. Susulan itu, Jurnal Undang-Undang Shanghai baru-baru ini melaporkan bahawa lelaki tersebut telah dipenjarakan. Warga emas itu kemudian menerima pelbagai kecaman orang ramai yang mengatakan bahawa dia tidak layak untuk bergelar sebagai bapa dan datuk. Ketika di dalam penjara, Yuan cuba membela diri dengan menyalahkan anak perempuannya. "Saya dah berusia 65 tahun dan anak sendiri menyaman saya. "Dia tak pernah nak tengok saya makin baik. Dia cuma nak saya mati," kata Yuan. - SCMP Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube