suria

Majlis Ulama Indonesia siasat kejadian wanita solat sunat Aidilfitri di saf lelaki... Jemaah 'wajib' pakai kot, imam pun ada pengawal

Wanita solat bersama jemaah lelaki ketika solat sunat Aidilfitri.

WANITA solat bersama jemaah lelaki di sebuah masjid di Indonesia menjadi perbahasan Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas video rakaman solat sunat Aidilfitri tular baru-baru ini.

Malah dikatakan, imam terbabit seolah-olah mempunyai dua pengawal di kiri dan kanannya ketika solat dilangsungkan.

Menurut sekretariat MUI Jawa Barat, Rafani Achyar, amalan yang dilaksanakan di Masjid Al Zaytun Indramayu itu tersimpang jauh daripada ajaran Rasulullah S.A.W.

Jelasnya, wanita harus menunaikan solat di belakang jemaah lelaki bukan bermaksud golongan itu tidak dimuliakan sebaliknya bagi mengelakkan pelbagai masalah lain seperti gangguan konsentrasi.

Imam juga mempunyai dua orang pengawal yang turut melaksanakan solat di sisinya.

Imam juga mempunyai dua orang pengawal yang turut melaksanakan solat di sisinya.

"Solat adalah saat manusia menghadap Allah sehingga tidak ada lagi rasa ingin dikawal atau dilebihkan," ujarnya.

Selain itu, Rafani turut menegur tentang jarak antara jemaah serta pemakaian kot oleh para jemaah.

Ia berikutan tidak semua individu mampu untuk memakainya.

Tambahnya, MUI Jabar akan melakukan kajian dan mengumpulkan maklumat serta bekerjasama dengan pasukan polis bagi mengetahui lebih lanjut tentang isu berkenaan. - okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain