suria

Tolak isteri hamil jatuh cerun demi warisi kekayaan, lelaki dipenjara 33 tahun

Wanita ini menjadi mangsa perbuatan kejam suaminya dan akhirnya mendapat keadilan.

HUKUMAN berat menanti seorang lelaki yang berhati binatang.

Mahkamah Tinggi Thailand menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan empat bulan terhadap lelaki yang menolak isterinya empat tahun lalu.

Tertuduh, Yu, menolak isterinya yang hamil dari tebing di Taman Negara Pha Taem pada Jun 2019.

Isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an dan hamil lima bulan ketika itu, mengalami 17 patah tulang selepas terjatuh dari ketinggian 34 meter.

Mangsa dilaporkan terselamat, namun kandungannya tidak dapat diselamatkan.

Dia ditemukan orang awam sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Wanita itu yang dikenali sebagai Wang, mendakwa suaminya menanggung hutang selepas berjudi.

Wang mendakwa suaminya cuba membunuhnya untuk mewarisi kekayaan dan asetnya supaya lelaki itu dapat menyelesaikan hutangnya.

Sementara itu, Wang berkata, dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Katanya, dia memfailkan perceraian bagi membina hidup baharu. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain