suria

Berhenti di lampu isyarat, pasangan ini sempat buat aksi ghairah atas motosikal... Video 16 saat tular

Pasangan itu melakukan aksi ghairah ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

BAGAI tiada rasa malu!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai tindakan pasangan ini apabila mereka tergamak melakukan aksi tidak senonoh ketika menaiki sebuah motosikal.

Aksi pasangan itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya ketika mereka berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar Taipei.

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, lelaki yang duduk di bahagian belakang motosikal itu dilihat memeluk mesra pasangannya.

Malah, dia juga selamba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap wanita itu meskipun ramai pengguna jalan raya sedang berada berdekatan.

Seorang saksi turut merakam aksi berkenaan yang mana video berdurasi 16 saat ditularkan menerusi media sosial.

"Adakah terdapat undang-undang tertentu untuk perbuatan yang dilakukan mereka. Ini bukan kesalahan jalan raya tapi ia tidak bermoral," ujar individu itu menerusi Facebook. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain