suria

Majikan buang anak, bibik sanggup jaga pemuda Sindrom Down seperti cahaya mata sendiri

Wanita ini menjaga anak majikannya walaupun setelah pulang ke tanah air.

SATU kisah yang meruntun jiwa dan menginspirasikan.

Begitulah kisahnya untuk wanita yang berhati mulia ini apabila dia sanggup membela anak majikannya yang dibawa dari Taiwan ke Indonesia walaupun tidak mempunyai pertalian darah dan berlainan agama.

Siti Aisyah, 36, berkata dia menjaga anak majikannya, Sha Wang, 26, yang dilahirkan sindrom Down di Taiwan selama enam tahun.

Kemudian, selepas tempoh perkhidmatannya tamat, dia meminta izin untuk pulang ke tanah air, namun bapa pemuda itu mati akal kerana tiada siapa yang boleh menjaga anaknya.

"Memahami kesulitan itu, saya menawarkan diri membawa Sha Wang memandangkan majikan dan isterinya sudah berpisah serta ibu Sha Wang tidak mahu menjaganya kerana anak ini memerlukan penjagaan rapi.

"Bapa Sha Wang menangis ketika melepaskan anaknya untuk pergi, namun dia tiada pilihan kerana tiada siapa lagi boleh menjaganya," katanya.

Siti Aisyah berkata, biarpun ibu dan abang Sha Wang membuang pemuda itu, namun bapanya sangat menyayanginya.

Bapa Sha Wang tidak dapat menjaganya lagi kerana keadaan dia yang sudah tua dan uzur sehingga menyebabkan kudrat terbatas.

"Bapa Sha Wang sudah tua, namun dia masih kuat bekerja sebagai pengawal keselamatan perumahan untuk menyara keluarganya termasuk menanggung kos pengajian abang Sha Wang dan membayar gaji saya.

"Ketika anaknya dibawa ke Indonesia, bekas majikan saya masih berhubung untuk mengetahui keadaan Sha Wang dan memberikan wang keperluan anaknya.

"Namun, kami terputus hubungan selepas dia meninggal dunia kira-kira dua tahun kami pulang ke Indonesia," katanya.

Katanya, kini dia menanggung Sha Wang sendirian kerana ibu pemuda itu enggan berkomunikasi dengannya lagi dan menyekat semua panggilan dan mesej.

"Keperluan Sha Wang menelan belanja besar.

"Selain makanan, Sha Wang juga memerlukan pelbagai keperluan lain seperti lampin pakai buang serta ubat-ubatan khas," katanya. - Tribunewswiki.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain